Bos aku orang Cina. Bekerja dengan Cina banyak mengajar kita perkara yang tak terlihat dalam kehidupan. Diorang ni rajin, kerja keras dan bersusah susah dulu sebab motivasi diorang adalah duit. Tanpa duit bagi diorang tiada erti hidup mereka di dunia. So bisnes dengan diorang ni memang nak kene pandai.
Perkara pertama kalau nak buat bisnes bagi diorang adalah senyuman. Rata2 kalau kita tengok orang cina yang berniaga ni mesti x lekang dengan senyum. Cakap lebat2 pastu mesti ada lirikan senyum. Jarang tengok kalau orang cina ni masam muka kalau jual barang. Kalau ada pun maybe ni yang memang takleh nak senyum sangat. Elok beli kat tempat lain je.
Perkara kedua adalah mereka ni memang selalu balik lambat. Balik yang memang x ingat anak bini kat rumah. Sebab bagi diorang bisnes is no 1. Tak ada cuti untuk depa ni. Family member kena faham apa yang depa buat ni adalah untuk kesenangan family di masa depan.
Perkara ketiga adalah kalau bersaing, depa akan berikan segala yang diorang ada untuk menang dalam persaingan. Maksudnya kalau bersaing untuk dapatkan sesuatu diorang akan cuba sedaya upaya dan sekeras kerasnya selagi ada harapan atau peluang biarpun peluang diorang ni sekecil rongga. Sebenarnya Cina sesama cina akan bersaing 200% jika mereka adalah competitor sesama sendiri. Diorang takkan bagi chance pada competitor. Jarang tengok istilah friendly competitor bila cina bersaing. Selagi diorang mampu untuk sesuatu, they will strive for it.
Banyak yang aku belajar bila duduk buat bisnes ngan diorang ni. Tapi itu cara mereka. Bagi mereka, mencari duit tu kerja yg susah. Jadi perlu bekerja keras..tapi kita yang beragama Islam ni sebenarnya mencari duit tu adalah sesuatu yg mudah dengan cara menjemput rezeki. Konsep rezeki itu milik Allah. Dia yang memberi rezeki, Dia yang maha Pemurah lagi maha Penyayang. Bila kita dah tau sumber yang memberi rezeki itu datang dari Allah. Jadi kita hanya perlu menjemputnya dari Allah. Jika kita menjaga Allah nescaya Allah akan menjaga kita. Oleh itu, konsep menjemput rezeki ini adalah lebih kepada kita membuat perkara yg disuruh Allah dan meninggalkan laranganNya. Bertaqwa dan beriman kepadaNya. Nescaya kita tidak tergolong dalam golongan orang2 yang rugi. Bisnes kita akan mudah mendapat berkat dan dimudahkan. Percayalah. Untuk dapatkan tips2 menjemput rezeki ni, saya recommendkan buku daripada Fathuri Salehuddin yang bertajuk MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI.
Footnote: tapi jangan sekali2 tinggalkan part yg kita perlu bekerja keras untuk mengejar kekayaan. Selepas berusaha mesti diringi dengan doa n tawakkal. InsyaAllah Konsep menjemput rezeki dan bekerja keras ni akan membuka pintu rezeki kita seluas2nya. (Peringatan untuk diri saya juga)
No comments:
Post a Comment