Monday, 1 December 2014

Bekerja dengan Boss Cina

Bos aku orang Cina. Bekerja dengan Cina banyak mengajar kita perkara yang tak terlihat dalam kehidupan. Diorang ni rajin, kerja keras dan bersusah susah dulu sebab motivasi diorang adalah duit. Tanpa duit bagi diorang tiada erti hidup mereka di dunia. So bisnes dengan diorang ni memang nak kene pandai. 

Perkara pertama kalau nak buat bisnes bagi diorang adalah senyuman. Rata2 kalau kita tengok orang cina yang berniaga ni mesti x lekang dengan senyum. Cakap lebat2 pastu mesti ada lirikan senyum. Jarang tengok kalau orang cina ni masam muka kalau jual barang. Kalau ada pun maybe ni yang memang takleh nak senyum sangat. Elok beli kat tempat lain je. 

Perkara kedua adalah mereka ni memang selalu balik lambat. Balik yang memang x ingat anak bini kat rumah. Sebab bagi diorang bisnes is no 1. Tak ada cuti untuk depa ni. Family member kena faham apa yang depa buat ni adalah untuk kesenangan family di masa depan.

Perkara ketiga adalah kalau bersaing, depa akan berikan segala yang diorang ada untuk menang dalam persaingan. Maksudnya kalau bersaing untuk dapatkan sesuatu  diorang akan cuba sedaya upaya dan sekeras kerasnya selagi ada harapan atau peluang biarpun peluang diorang ni sekecil rongga. Sebenarnya Cina sesama cina akan bersaing 200% jika mereka adalah competitor sesama sendiri. Diorang takkan bagi chance pada competitor. Jarang tengok istilah friendly competitor bila cina bersaing. Selagi diorang mampu untuk sesuatu, they will strive for it.



Banyak yang aku belajar bila duduk buat bisnes ngan diorang ni. Tapi itu cara mereka. Bagi mereka, mencari duit tu kerja yg susah. Jadi perlu bekerja keras..tapi kita yang beragama Islam ni sebenarnya mencari duit tu adalah sesuatu yg mudah dengan cara menjemput rezeki. Konsep rezeki itu milik Allah. Dia yang memberi rezeki, Dia yang maha Pemurah lagi maha Penyayang. Bila kita dah tau sumber yang memberi rezeki itu datang dari Allah. Jadi kita hanya perlu menjemputnya dari Allah. Jika kita menjaga Allah nescaya Allah akan menjaga kita. Oleh itu, konsep menjemput rezeki ini adalah lebih kepada kita membuat perkara yg disuruh Allah dan meninggalkan laranganNya. Bertaqwa dan beriman kepadaNya. Nescaya kita tidak tergolong dalam golongan orang2 yang rugi. Bisnes kita akan mudah mendapat berkat dan dimudahkan. Percayalah. Untuk dapatkan tips2 menjemput rezeki ni, saya recommendkan buku daripada Fathuri Salehuddin yang bertajuk MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI. 




Footnote: tapi jangan sekali2 tinggalkan part yg kita perlu bekerja keras untuk mengejar kekayaan. Selepas berusaha mesti diringi dengan doa n tawakkal. InsyaAllah Konsep menjemput rezeki dan bekerja keras ni akan membuka pintu rezeki kita seluas2nya. (Peringatan untuk diri saya juga)



Sunday, 9 November 2014

NIGHTCRAWLER: MOVIE YANG WAJIB DITONTON UNTUK ORANG YANG BERJIWA TIDAK MAU MAKAN GAJI

Baru lepas tonton film ni semalam. Aku mula2 ingat Nightcrawler ni film berdasarkan X-MEN heroes disebabkan nama movie ni. Dengan  berdasarkan rating IMDB yang tinggi 8.4 for this movie, terus aku decide nak tengok.  Selalunya rating IMDB memang tak pernah mengecewakan. Rating yang tiggi untuk film yang bermutu tinggi. So kita pun dapat tengok movie yang bagus berpandukan ni. Tak perlu di akhir movie nanti kita nak rasa menyesal sebab movie x best. So check using IMDB or ROTTEN TOMATOES first. These two medium memang a good guidance untuk movie lover out there hehe.

NIGHTCRAWLER Highly recommended to people who have have big ambition and always think BIG to achieve something in their life.



Kenapa?
Movie ni dilakonkan oleh salah seorang pelakon terbaik di Hollywood "Jake Gyllenhaal" yang telah membawa watak Lou Bloom, seorang penganggur yang desperate untuk mencari pekerjaan untuk meneruskan kehidupan telah menjumpai peluang bisnes di dalam bidang kewartawanan bebas di LA. Bermula dari bawah, dan tidak mempunyai apa2 pengalaman dalam bidang ni, Lou sangat driven untuk terus berusaha mendapatkan video2 yang mempunyai mutu dan ciri2 yang ditagih oleh Syarikat2 Televisyen USA which is "if it bleeds it leads" (video yang mempunyai unsur2 accidents, shots, crash, or even worse murder). Bermula dari situ, Lou mula membina pengalaman, and minat yg tiba2 datang, sedangkan dia xpernah berkecimpung dalam bidang kewartawanan bebas. Tapi itu lah yg dikatakan Steve Jobs sebelum ni

"Your work is going to fill a large part of your life, and the only way to be truly satisfied is to do what you believe is great work. And the only way to do great work is to love what you do. If you haven’t found it yet, keep looking. Don’t settle. As with all matters of the heart, you’ll know when you find it."


So Lou telah jumpa pekerjaan yg he love to do and very dedicated in his jobs to become no 1 in this field walaupun banyak cabaran. And from that moment, cerita ni menjadi lebih menarik dan sesuatu yg berlaku di akhir plot film ni memang sangat sangat amazing huhu. Intipati yg  diserapkan dalam cerita ni adalah mostly about business life. Dari segi competition, business plan, how to sales critical moments, negotiating skills, interview skills, leadership, worker to boss dilemma, pay raise, dan macam2 lagi. Thumbs up!


 



So untuk para business starter yang mempunyai niat untuk menubuhkan perniagaan dari kecil2an dan berambisi tinggi untuk melihat bisnes empayar semakin besar dan besar....Inilah cerita yang patut ditonton. Memang semangat sangat meluap2 untuk buat bisnes selepas tengok crita ni. Seriously, banyak memberi idea and inspirasi pada uolls in business life. Very well plotted movie from HOLLYWOOD once again. Tak semua movie diorang ni teruk, tapi kalau ada yang baik, tak salah kita puji dan jadikan ia isnpirasi kepada kita ye tak, untuk terus maju and maju. 



 


Jom tengok movie ni and plan ourself untuk set the highest goal in life as what Lou did in this film, do business, become a boss, be competitive and you must love what you do:)

Selamat menonton!






Friday, 7 November 2014

Permulaan suatu percubaan.

Bismillah,


Dalam arus dimana semua netizen sudah mula kearah medium terkini seperti Facebook, Instagram, Twitter, di ruang blogger ni baru aku nak mula bercerita, sharing, rakamkan semua pengalaman harianku. Benda baru bagiku. Lumrah manusia, manusia akan cepat excited dengan benda baru. Tapi akan bosan kemudiaanya jika tidak disemai hari hari untuk rasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Peringatan untuk diri sendiri juga. Moga aku boleh keep on updating, sharing pengalaman hidup aku yang dah hampir 3 dekad ni. Ok start from this blog onwards. Lets go!! More story, more drama, more chapter, and more monologue. Blog ini akan jadi saksi untuk apa yg aku nampak hari-hari dan apa yg aku pelajari disebalik kejadian yg menarik. Nasihat/quote dari the eldest, ustaz, sifu, mentor, rakan waktu senang, rakan waktu susah, officer2 akan aku slot kan jugak hehe untuk tatapan. 


Find your gift; share your gift = the purpose of LIFE

Tujutujuhidup 
8/11/2014